Wednesday 12 December 2012

Maklumat Penduduk Kampung Olak Lempit


Rajah 1 : Bilangan penduduk di Olak Lempit mengikut jantina

Rajah 1 di atas menunjukkan carta pie bagi bilangan responden mengikut jantina yang terdapat di kampung olak lempit. Berdasarkan rajah di atas, bilangan lelaki yang terdapat di kampung olak lempit adalah dianggarkan seramai 635 orang iaitu 50.32% (n=635). Manakala bilangan perempuan yang ada adalah 627 orang iaitu 49.68% (n=627) daripada sejumlah 1262 orang responden yang diambil. Ini menunjukkan bilangan lelaki di sekitar kampong OLak Lempit melebihi bilangan perempuan dengan perbezaan peratusan hanya sebanyak 0.64%. 



Rajah 2: Umur penduduk di Olak Lempit.

Rajah 2 merujuk kepada umur penduduk di Olak Lempit berdasarkan jumlah responden yang diambil. Berdasarkan rajah tersebut, majoriti umur penduduk di Olak Lempit adalah sekitar linkungan 26-50 tahun (n=419) dengan peratusan tertinggi iaitu 33.20% diikuti dengan umur linkungan 18-25 tahun (n=193) dengan peratusan sebanyak 15.29%. Umur yang mempunyai bilangan yang paling rendah bagi jumlah responden yang diambil di Kampung olak Lempit adalah sekitar 51-59 tahun (n=99) dengan peratusan paling kecil iaitu hanya 7.84%. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk di sekitar Olak Lempit adalah terdiri daripada golongan belia (26-50 tahun) manakala penduduk yang menghampiri usia emas (51-59 tahun) merupakan golongan yang paling sedikit yang terdapat di Olak Lempit.




Rajah 3: Jenis pekerjaan penduduk di Olak Lempit.

Swasta (228) = Kerja kilang, Mega Steel 
Kerajaan (141) = Guru, Jururawat, Pensyarah, Pengawai, Penyelidik, Polis
Sendiri (126) = Berniaga, Kedai runcit
Tidak bekerja(205) = Suri rumah sepenuh masa 
Pesara (61)

Rajah 3 merujuk kepada jenis pekerjaan responden yang diambil di Olak Lempit. Berdasarkan rajah tersebut, bilangan responden yang bekerja di dalam sektor swasta merupakan yang paling tinggi (n=228) dengan peratusan sebanyak 29.96% diikuti dengan penduduk yang bekerja di dalam sektor kerajaan (n=141) dengan 18.53%. Bilangan pesara mencatat bilangan yang paling rendah (n=61) dengan 8.02%. Ini sepadan dengan data umur responden yang dicatat sebelum ini yang menyatakan umur yang menghampiri usia persaraan iaitu linkungan 51-59 tahun merupakan golongan yang paling sedikit di Olak Lempit. Kebanyakan penduduk yang bekerja di bawah sektor swasta merupakan pekerja di kilang seperti Mega Steel dan lain-lain. Mnakalaa jenis pekerjaan di bawah sektor kerajaan bagi penduduk di sekitar Olak Lempit kebanyakaanya merupakan guru, jururawat, pensyarah, pengawai, penyelidik, polis dan sebagainya.



Rajah 4: Pusat pengajian penduduk di Olak Lempit.

Tadika = 30
S.R = 149
S.M = 145
IPTA/IPTS/Kolej = 62
T.B = 115

Rajah 4 menunjukkan jenis-jenis pusat pengajian yang disertai  penduduk di sekitar Olak Lempit. Merujuk kepada jadual tersebut, bilangan penduduk yang bersekolah rendah mencatat bilangan yang tertinggi (n=149) dengan peratusan sebanyak 29.74% diikuti dengan penduduk yang bersekolah menengah (n=145) iaitu sebanyak 28.94% dimana perbezaannya adalah kecil dengan penduduk yang bersekolah rendah. Bilangan penduduk yang bersekolah tadika mencatat bilangan yang paling rendah (n-=30) dengan 5.99%. Ini mungkin kerana kebanyakan penduduk di sekitar olak lempit terdiri daripada golongan dewasa yang sudah lama berkahwin, oleh itu umur anak-anak penduduk di sekitar Olak Lempit kebanyakannya sudah mencecah remaja.




Rajah 5: Jenis sekolah penduduk di Olak Lempit

Lain- Lain = SM Agama Maahad

Rajah 5 merujuk kepada jenis-jenis sekolah yang dihadiri responden yang di ambil di Olak Lempit. Berdasarkan rajah tersebut, majoriti penduduk di sekitar Olak Lempit bersekolah di Sekolah Menengah kebangsaAn (SMK) Olak Lempit (n=149) dengan 50.68%. Ini mungkin disebabkan faktor jarak dari rumah penduduk di Olak lempit yang dekat dengan sekolah tersebut berbanding sekolah lain. Ini diilkuti dengan SMK Bukit Canggang (n=66) dengan 22.45%. Terdapat paling sedikit bilangan penduduk di Olak Lempit yang bersekolah di SAMT Tengku Ampuan Rahimah (n=8) dengan peratusan paling kecil iaitu 2.72%. Jenis sekolah yang dipilih oleh penduduk Olak Lempit dilihat adalah pelbagai dan tidak tertumpu kepada satu jenis sekolah sahaja.. Ini mungking disebabkan faktor ibu-bapa yang ingin melihat anak mereka mendapat pendidikan yang lebih bagus lalu menghantar ke sekolah-sekolah yang dirasakan terbaik. Faktor minat juga mempengaruhi kerana terdapat penduduk yang cenderung memilih sekolah aliran agama seperti Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad.



Rajah 6: Anggaran pendapatan penduduk di Olak Lempit.

< RM 1000 = 175
RM 1000 – RM 2500 = 296
> RM 2500 = 85
Rajah 6 menunjukkan anggaran pendapatan yang diperolehi penduduk di sekitar Olak lempit. Merujuk kepada rajah tersebut, penduduk yang mempunyai anggaran pendapatan sekitar RM1000 - RM2500 mencatat jumlah yang paling tinggi (n=296) dengan 53.24% manakala anggaran purata pendapatan RM2500 keatas adalah paling sedikit (n=85) dengan 15.29%. Kebanyakan penduduk di Olak Lempit mempunyai pendapatan yang sederhana di mana tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya.





Rajah 7: Bantuan pendidikan di terima penduduk olak lempit

Bantuan Lain-lain = JPA, MARA, KPM
Rajah 7 menunjukkan bantuan pendidkan yang diterima responden di sekitar Olak lempit. Berdasarkan rajah ynag ditunjukkan,bilangan penduduk yang masih belajar yang menerima bantuan pendidikan PTPTN merupakan yang tertinggi (n=34) dengan 69.39% manakala jenis bantuan yang terendah yang diterima penduduk dari aspek pendidikan adalah dari kebajikan masyarakat (n=4) iaitu hanya 8.16%. Terdapat juga penduduk yang menerima bantuan daripada JPA, MARA dan Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM).



Rajah 8: Jenis penyakit dihidapi penduduk Olak Lempit.

Lain-lain = kanser, barah payu dara, tulang, nyayuk, lenguh sendi, buah pinggang
Rajah 8 menunjukkan jenis penyakit yang dihidapi penduduk sekitar Olak Lempit. Berdasarkan rajah tersebut, jenis penyakit yang paling banyak dihidapi penduduk Olak lempit adalah darah tinggi (n=44) dengan 31.88% diikuti dengan lain-lain seperti kanser, barah payu dara nyanyuk (n=35) dengan 25.36%. Jenis penyakit paling sedikit dihidapi penduduk Olak lempit adalah strok (n=4) dengan 2.90%.




Rajah 9: Tempoh menghidap penyakit olek penduduk  Olak lempit.

Rajah 9  menunjukkkan tempoh menghidap penyakit yang dihidapi oleh penduduk Olak Lempit. Berdasarkan rajah yang ditunjukkan, paling ramai penduduk yang menghidap penyakit adalah dalam kuran daripada 5 tahun (n=55) dengan 39.86% manakala palinh sedikit penduduk yang menghidap penyakit yang dialami dalam lingkungan 5-10 tahun (n=40) dengan 28.99%. Dapat dilihat di sini kebanyakan penduduk di Olak Lempit baru sahaja menghidap penyakit yang sudah di hidapi iaitu kurang daipada 5 tahun.


Rajah 10 : Bantuan rawatan diterima penduduk Olak Lempit.


Lain- lain = zakat, IJN, Klinik Swasta, Kerajaan
Rajah 10 menunjukkan jenis bantuan rawatan yang di terima penduduk di sekitar Olak Lempit. Berdasarkan rajah tersebut, paling ramai penduduk yang mendapat bantuan daripada hospital (n=64) dengan 46.38% manakala paling sedikit yang mendapat bantuan rawatan daripada lain-lain seperti zakat dan sebagainya(n=28) dengan 20.29%. Oleh itu, boleh disimpulkan disini bahawa kebanyakan penduduk menerima bantuan rawatan daripada agensi kerajaan.

No comments:

Post a Comment