Wednesday 12 December 2012

Klinik Desa Kg Olak Lempit

Penduduk-penduduk di Kampung Olak Lempit mendapatkan kemudahan kesihatan di Klinik Desa (KD) Olak Lempit. Klinik ini dikendalikan oleh Jururawat Masyarakat (JM) yang memberikan perkhidmatan kepada bakal-bakal ibu dan kanak-kanak. Perkhidmatan lain yang turut disediakan di klinik ini ialah rawatan pesakit luar, program perancang keluarga, pendidikan pemakanan juga kesihatan serta kesihatan remaja dan warga tua. Waktu operasi klinik desa ini ialah dr 8 pagi hingga 5 petang.





Klinik Desa Olak Lempit
42700 Banting
Kuala Langat
Selangor
Tel: 03-31491664

No comments:

Post a Comment