Wednesday 12 December 2012

Dewan Jubli Intan Kg Olak Lempit



Dewan jubli intan olak lempit terletak di Jalan Bahagia Kg Olak lempit. Taarif sewa bg dewan ini ialah RM5 setiap jam dan RM200 untuk sehari. Aktiviti yang pernah dijalankan di dewan itu ialah kejohanan badminton tertutup kg Olak Lempit Piala Ketua Kampung, Tuan Haji Selamat pada 12. Mac.2012 hingga 17. Mac. 2012 iaitu pada cuti sekolah. Penyertaan terdiri daripada masyarakat tempatan dan juga pemain dari kampong jiran terdekat. Pertandingan ini juga  boleh disertai oleh semua pemain yang bermain secara tetap di dewan Jubli Intan.




Acara yang dipertandingkan ialah beregu lelaki bawah 18 tahun dan beregu lelaki terbuka. Sistem pertandingan secara liga. Regu diundi kepada beberapa kumpulan dan pertukaran pemain hanya boleh dibuat sebelum pertandingan. Cara menentukan keputusan bagi permainan ini ialah bertanding dalam satu permainan 30 mata dari pusingan awal hingga ke suku akhir. Kemudian bertukar gelanggang pada mata ke 15. Tiada mata tambahan pada persamaan mata ke 29. Peringkat akhir dan separuh akhir pada kiraan mata 21.

Progam-program yang ingin dijalankan di Dewan Jubli Intan boleh dimaklumkan kepada encik Khaidir di talian 012-6173215, en. Yazid 012-6178170, ustz Zul 013-3571301 dan encik Aznan 012-6841188.

No comments:

Post a Comment