Wednesday 12 December 2012

SEKOLAH RENDAH AGAMA OLAK LEMPIT (SRAOL)


Latar Belakang SRAOL 
SRAOL merupakan sebuah sekolah yang berada di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bilangan tenaga pengajar di SRAOL semasa adalah seramai 21 orang iaitu terdiri daripada 3 orang guru lelaki dan 18 orang guru perempuan. Bilangan kelas bagi sekolah ini pula adalah sebanyak 19 kelas. Bilangan kelas ini mampu menampung sehingga 710 orang pelajar. Sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi SRAOL bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.

Motto SRAOL
“Betulkan yang biasa, biasakan yang betul”

Objektif SRAOL
Memberi dan menanam nilai Pendidikan Islam kepada semua individu muslim khasnya bagi anak-anak penduduk Qariah Olak Lempit dan kawasan persekitarannya supaya berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan  berasakan Al-Quran, Al-Sunnah, Qias Ijmak Ulamak demi mendapat keredhaan Allah SWT.

Visi SRAOL
SRA Olak Lempit menjadi sekolah nombor 1 di Kuala Langat menjelang 2015

Misi SRAOL
Menjana seluruh warga sekolah, Sekolah Rendah Agama Olak Lempit akan berusaha untuk
1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat
2. Melahirkan insan kamil berlandaskan Al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak.
3. Melahirkan insan yang bersaudara dan saling membantu dalam kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam era globalisasi.

Etika Pemakaian Pelajar SRAOL
Lelaki
1. Pengawas: Baju dan seluar berwarna putih, samping berwarna merah dan songkok berwarna hitam.
2. Ketua kelas: Baju dan seluar berwarna ungu muda, samping berwarna ungu tua dan songkok berwarna hitam.
3. Pelajar biasa: Baju dan seluar berwarna putih, samping berwarna hijau dan songkok berwana hitam.

Perempuan:
1. Pengawas: Baju dan tudung berwarna putih, kain berwarna merah.
2. Ketua kelas: Baju dan tudung berwarna putih, kain berwarna ungu.
3. Pelajar biasa: Baju dan tudung berwarna putih, kain berwarna hijau.

Komposisi Pelajar Bagi Setiap Kelas
            Kelas
Tahun Bilangan Pelajar Bagi Setiap Kelas
         1 2 3 4
Tahun 1 40 39 38
Tahun 2 33 35 35 29
Tahun 3 40 39 40
Tahun 4 37 35 35
Tahun 5 41 40 38
Tahun 6 40 38 38

Senarai Matapelajaran Yang Diajar Di SRAOL
1. Al-Quran
2. Hafazan
3. Tauhid
4. Feqah
5. Akhlak
6. Sirah
7. Tajwid
8. Bahasa Arab

Aktiviti Tahunan SRAOL
- Amali solat jenazah
- Qiamullail
- Penyampaian hadiah
- Majlis Khatam Al-Quran

Perhubungan SRAOL
Alamat:
SRA Olak Lempit
Jalan Banting Dengkil
42700 Banting, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: 03-31494675
Email: sraolaklempit.gemilang@yahoo.com

1 comment:

  1. Assalamualaikum .. saya nak tanya, ada kekosongan tak untuk mengajar di SRAOL?

    ReplyDelete