Wednesday 12 December 2012

Masjid Al-Khairat




Merupakan masjid lama di Kg Olak Lempit beralamat Batu 40 ½ Kg Olak Lempit, 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. Antara aktiviti yang pernah dijalankan di masjid ini ialah Majlis Qurban kelompok di mana satu ekor lembu dibahagi kepada tujuh bahagian. Setiap satu bahagian bernilai RM415.00.
Aktiviti seterusnya ialah kelas pengajian. Dijalankan hari selasa malam rabu, minggu 1,3,dan 5 setiap bulan. Kelas agama ini dijalankan selepas solat magrib yang diajar oleh Ustaz Hj Ahmad Zawawe bin Mohd Hasan mengenai tafsir Al-quran pada tarikh berikut
Bulan Tarikh
Jan         3, 17, 31
Feb         7, 21
Mac         6, 20
April         3, 17
Mei         1,15,29
Jun         5,19
Julai         3, 17
Ogos Ramadhan
Sept   Syawal
Oktober  2,16,30
Nov   6,20
Dis    4, 18

Pada hari Selasa malam rabu pula diadakan kuliah agama bertajuk feqah yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Syariff bin Hj. Ali pada minggu ke 2 dan 4 setiap bulan.
Bulan Tarikh
Jan    10,24
Feb   14, 28
Mac   13,27
April  10,24
Mei   8, 22
Jun    12,26
Julai   10
Ogos Ramadhan
Sept  Syawal
Oktober 9, 23
Nov   13,27
Dis    11,25

Seterusnya pada setiap minggu 1 dan 3 iaitu pada hari ahad malam isnin, kuliah bertajuk kekeluargaan ataupun sirah Rasulullah dijalankan yang disampaikan oleh Ustaz Hj Abdul Halim b. Hj Saljadi.
Bulan Tarikh
Jan    1,5
Feb   5
Mac  4
April  1,15
Mei   6
Jun    3
Julai   1
Ogos Ramadhan
Sept  Syawal
Oktober 7
Nov   4
Dis    2

Manakala pada hari ahad malam isnin setiap minggu 3 dan 5 akan diadakan kuliah tajwid al-quran yang disampaikan oleh ustaz Mohd Najmi bin Suib selepas solat magrib.
Bulan Tarikh
Jan    29
Feb   19
Mac   18
April  29
Mei   20
Jun    17
Julai   15
Ogos Ramadhan
Sept  Syawal
Oktober 21
Nov   18
Dis    16

Antara masalah yang dialami oleh pentadbiran masjid ini ialah pernah berlaku kecurian tabung masjid, remote penghawa dingin rosak dan microfon tidak berfungsi. Anggaran saf untuk setiap kali solat fardhu ialah dua saf. Kebiasaanya penduduk kampong ramai datang pada waktu magrib dan isyak.

1 comment: