Wednesday 12 December 2012

Masjid Nurul Huda Kg Olak Lempit




Beralamat di  Kg. Olak Lempit, 42700 Banting, Kuala Langat. Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang sederhana luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, alat penghawa dingin dan kolah untuk wuduk dan bilik mesyuarat. Masjid ini dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Guru JAIS Daerah Kuala Langat. Masjid ini kerap menyediakan program-program kuliah harian dan ceramah untuk para jemaah.  Senarai ahli jawatankuasa masjid ini ialah nazir iaitu Mohd Sharif Bin Saring. Imam 1 Haji Ramli b Dollah.Imam 2 Haji Ahmad Moktar b Hj Mohd Sahid. Bilal 1, Abu Bakar b Amir, manakala bilal 2 Dzulfahmi b Ramli. Siak 1 disandang oleh Masrizor b Tolos dan siak 2 pula ialah Hj Mansor B Supardan.

1 comment: